Friday, 28 November 2014

Resepi Brownies Super Yummy



Dah lama teringin nak buat brownies ni. Tapi asyik postpone je. Off day minggu ni pun ingat malas la nak buat projek dapur sebab kain baju banyak nak kena lipat. Macam mana ntah sibuk sangat kemas rumah sampai tak sedar jam dah kul 8 malam. Lipat baju pon x sempat.

Then, tetiba rasa bosan pulak. Tak tau nak buat apa. Ingat nak kemas-kemas baking tools yang ada dekat dapur tu. Sekali tetiba ternampak bahan-bahan yang ada. Hmmm. Macam cukup je bahan nak buat brownies ni kan except for butter. Kak Yong kekurangan butter. Dengan semangat yang berkobar-kobar, Kak Yong pegi jugak supermarket terdekat beli butter. Maka bermulalah #beboffdayproject Kak Yong. 

Brownies sedap untuk dimakan! Nomnomnom.

So, this is the recipe. Check it out!

-----------------------------------------------------------------

Bahan-bahan :

A) Di gaul bersama :

5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gram brown sugar
190 gram castor sugar

☆☆☆

B) Di ayak bersama :

190 gram tepung gandum
50 gram serbuk koko
1 sudu teh baking powder

☆☆☆

C) Di cairkan bersama (double boil method) :

250 gram mentega
40 gram choc

☆☆☆

D) Bahan topping :
Sedikit badam cincang


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Cara-cara :

1) Panaskan oven 160°C. Sediakan loyang size 13" X 9", alaskan dengan baking paper dan griskan dengan butter.

2) Cairkan bahan-bahan C dengan kaedah double boil. Ketepikan.

3) Campurkan semua bahan A dan gaul sehingga gula larut.

4) Kemudian campurkan kedua-dua bahan A dan C. Gaul hingga sebati.

5) Masukkan bahan B yang telah diayak ke dalam adunan dan gaul rata menggunakan spatula.

6)Tuang adunan ke dalam loyang pembakar. Taburkan badam cincang sebagai topping. Bakar selama 45 minit.

7) Setelah masak (brownies tidak lekat di sisi dulang), keluarkan dari oven dan biarkan selama 8-10 minit. Potong mengikut suka.

Menunggu untuk dipotong.

------------------------------------------------------------------

Wahhh. Sedap tul brownies ni. Dengan rasanya yang sedikit gooey. Cuba la try. Tak payah pakai mixer pun. Pakai je whisk dan spatula. Beres dah.

Selamat mencuba!

Love,
Kak Yong.

Thursday, 20 November 2014

Resepi Congo Bars

Assalam.
Seperti biasa, Khamis kan Kak Yong offday. Jadi banyak la projek mula bermain di minda. KakYong kalau offday memang gitu la. Kalau x try benda baru mesti rasa boring je offday. So, offday kali ni, salah satu projek Kak Yong ialah Congo Bars. Memang dah lama niat nak buat tapi tak berkesempatan.

Congo Bars cara Kak Yong.

Senang je cara buat nya. Bahan pun tak banyak. X payah pakai loyang kek sebab kalau tebal sangat nanti x masak pulak sebelah dalam tu. Kak Yong guna tray biasa je yang selalu guna tuk buat biskut tu. 30 minit je then "ting!" dah masak :)

Jom intai resepi.

----------------------------------------------------------

Bahan-bahan :

150 gram butter (Kak Yong guna Buttercup)
320 gram gula perang
1 sudu kecil Vanilla
3 biji telur
250 gram choc chip (ketepikan 50 gram untuk topping)
1 cawan badam cincang
Pumpkin seeds, sunflower seeds dan sedikit badam cincang untuk topping

Bahan di ayak :

2 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
350 gram tepung gandum

-----------------------------------------------------------

Cara-cara :

1) Panaskan oven 180° Celcius (350° Farenheit)

2) Butter dan gula perang dipukul dengan mixer atau whisk sehingga agak kembang.

3) Masukkan bahan yang telah di ayak tadi ke dalam adunan butter. Gaul lagi.

4) Masukkan vanilla, telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.

5) Masukkan choc chip dan badam (juga boleh digantikan dengan kekacang lain seperti pecan, walnut atau yang lain)

6) Sediakan dulang membakar size 13" X 9". Letakkan kertas minyak dan sapu mentega di permukaan kertas dan sekitar bahagian dalam tray (bagi mengelak Congo Bars melekat di tray.)

Kak Yong pakai tray ni je.


7) Tuang adunan ke dalam dulang dan taburkan bahan topping dengan rata. Bakar selama 20-30 minit (terpulang dengan kepanasan oven masing-masing) sehingga permukaan atas bars menjadi agak "brownish".

Tengah tunggu nak masuk oven.


8) Setelah masak, biarkan ia di dalam oven sehingga sejuk. Kemudian dah boleh potong dan makan.

Tadaaa! Dah siap.


-----------------------------------------------------------

Haaaa. Dah siap! Senang je. Kalau buat Congo Bars ni, harum dia serumah boleh cium. Hidangan ni memang sesuai sangat untuk hidangan minum petang bersama keluarga. Hidang dengan teh panas. Mak ai! Sedap x hengat ji.

Selamat Mencuba, ya.

Love,
Kak Yong

Wednesday, 19 November 2014

Cili dan Delivery

Entry malam ni nak kongsi pasal bisnes online.

Sekarang ni kan memang ramai orang bisnes online. Daripada baju, kasut, gadget, makanan dan sebagainya. Tapi Kak Yong paling tertarik dengan jualan makanan. Nampak je yang mata ni berkenan, terus je order. Mostly yang Kak Yong order adalah daripada Facebook group - "Berjajak Makanan di Sarawak"

So yesterday, tengah dok sibuk scroll gambar dari group tu, ternampak satu post ni. Dia post gambar cili. Cantik je cili dia. Rupa-rupanya anak muda bangsa Melayu tu sedang mengusahakan kebun sendiri. Menjadi pulak cili dia. Cili merah ada, cili hijau pun ada. Kalau Kak Yong yang tanam, alamatnya mati semua pokok tak terjaga.

So cili yang dia jual hanya berharga Rm8/kg. Dia siap tolong delivery lagi di sekitar area Kuching ni. Haaaaa. Murah x, murah x?? Murah giler kan. Kalau kat pasar sini, biasanya cili Rm2 dapat 8-9 batang je. Sedeyh! Dah tu payah beno nak cari cili hijau tu. Berhari-hari Kak Yong cari x jugak jumpa (Kak Yong nak buat Sambal Hijau Jawa sebenarnya, tu la dok cari cili hijau.) Dah alang-alang nampak kat Facebook, angkat terus la setengah kilo. 

Cantik kan cili hijau dia ni.


Semangat dah ada ni nak "berkungfu" di dapur (time ni la.) Semangat dah kuat, nanti time nak buat tu tak tau la kalu semangat tu ada lagi. Kak Yong ni memang trend nye gitu. Time belum buat bukan main semangat. Nanti time nak buat, mula la penyakit "مالس"  tu menampakkan diri. Haaa. Lepas tu delay sampai menaun lamanya (konon la. Perumpamaan tu kena over sikit.) Hahahahha.

Okay la. Ngantuk dah ni. (Hmmmm. Tulis entry is my new "ubat tido".) Okay la. Good Night!

Love,
Kak Yong

Monday, 17 November 2014

Resepi Singgang Ikan

Dah lama x buat entry so harini buat bebanyak sikit.

Walaupun Kak Yong ni anak jati Sarawak, tapi Kak Yong memang suka makanan dari semua negeri. Xde masalah utk mencuba. Sebab dulu time study, rapat dengan budak Kelantan (Kak Biey), budak Sabah (Yam), budak Johor (Kak Aqma) dan budak Nogori (Izma). So dah rasa masakan diorang ni. Ada yang ingat lagi resepinya. Ada yang dah lupa. Terpaksa la mintak balik kan.

So, waktu Semester 8, kitorang ada praktikal, kat Qualicare, Ipoh. Dapat hostel serumah dengan Izma dan Kak Biey. So kalau bab memasak tu kitorang take turn la. Kadang-kadang makan makanan Sarawak. Kadang-kadang makanan Kelate, kadang-kadang Nogori.

So that was my first time cuba Ikan Singgang ni (Kak Biey masakkan). Memang sedap. Cecah budu memang my favorite nih! Walaupun Kak Biey sendiri x makan budu. Panjang pulak membebel ni. Ter-KLMJ sekejap ;P

Okaylah. Ni resepi nya ya.

-------------------------------------------------------------------

Bahan-bahan :

1 ekor ikan tenggiri
4 ulas bawang merah (belah 4)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci lengkuas (dihiris)
2 keping asam (asam gelugor kata org Sarawak)
7 biji cili padi (x perlu dipotong. Tapi Kak Yong belah 2 biji sebab Kak Yong memang suka dia ada rasa pedas sikit)
3 batang kacang bendi (dipotong 2 atau 3) - *optional. X nak letak pun xpe
Garam
Ajinomoto
Sedikit gula manisan (Kak Yong x letak pun)
Air secukupnya

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Cara-cara :

1) Rebus bawang merah, bawang putih dan lengkuas hingga mendidih.

2) Masukkan ikan, asam keping dan gula manisan. Reneh lama sikit.

3) Masukkan kacang bendi dan cilipadi. Rebus hingga kacang bendi masak.

4) Perasakan dengan garam dan aji.

-------------------------------------------------------------------

Singgang Ikan


Haaaa. Senang je kan??

Intro dah panjang. Penutup x yah nak panjang sangat la.

Selamat Mencuba!

Love,
Kak Yong

Resepi Stew Ayam


Teringat dulu pernah makan Stew Ayam ni dekat ofis lama. My boss yang paling cool skali (Kak Dewi) yg masakkan. That was the first time I try benda alah stew ni. Masa tu mmg ingat blh makan dgn nasi je. Skali tgk Kak Dewi makan dengan French Baguette. Hmmm. Memang sedap!

So last night tiba-tiba tekak ni rasa nak makan stew ayam. Maka bermulalah aktiviti dapur Kak Yong.

Nak di pendekkan cerita, Kak Yong kasi resepi terus lah yek.

----------------------------------------------------------------

Bahan-bahan :

1 dada ayam
1 biji kentang (dipotong 8)
1 biji tomato (dipotong 6)
1/2 batang lobak merah (dihiris panjang)
1 biji bawang besar (dipotong 6)
2 ulas bawang putih (dimayang)
1 inci halia (dihiris panjang)
3 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
3 sudu kicap manis (*optional)
3 sudu sos lada hitam (Sarawak's Blackpepper Sauce is the best!)
1 kiub ayam
1 sudu tepung jagung (dicampur dengan sedikit air)
Air (ikut la nak kuah banyak atau sikit)
Garam, aji dan gula

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Cara-cara :

1) Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi.

2) Masukkan sos tiram, sos lada hitam, sos tomato dan kicap manis.

3) Masukkan ayam, kiub ayam, kentang dan lobak. Gaul rata kemudian barulah masukkan air. Biar sehingga kentang empuk.

4) Setelah kentang empuk, masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul rata.

5) Perasakan dengan garam, aji dan sedikit gula.

6) Kemudian masukkan tomato. Gaul sekejap dan tutup api. (Tomato x leh lama sangat sebab cepat lembik)

Stew Ayam

-------------------------------------------------------------------

Haaaa. Senang x senang buat stew ni? Korang cuba la buat.

Love,
Kak Yong

Tuesday, 4 November 2014

Resepi Cendawan Goreng Rangup (Cengoreng)

Kebelakangan ni kengkawan asyik update gambar cendawan goreng je. Dengan rasa yang tak mampu ditahan, Kak Yong pun pegi beli cendawan, nak buat cengoreng jugak.

Jom buat Cengoreng dengan resepi paling ringkas dan senang.

.............................................................................................................

Bahan-bahan :

- 100 gram cendawan tiram
- 3 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu makan tepung beras
- 3 sudu makan tepung bestari perisa asli (Optional. X nak guna pun xpe. Tapi Kak Yong guna la.)
- extra tepung bestari utk final touch before menggoreng
- garam
- ajinomoto


...........................................................................................................

Cara-cara :

1) Cuci cendawan dan perahkan sekering-keringnya. Ada orang x cuci pun. Main lap je pakai tisu. Tapi kita x tahu tahap kebersihannya kan. So elok lah dicuci dan perah.

2) Perasakan dengan ajinomoto dan garam. Gaul sehingga rata. Cendawan akan menjadi basah semula bila terkena garam. Jadi perahkan lagi sekali.

3) Masukkan tepung jagung, tepung beras dan tepung bestari. Gaul hingga rata.

4) Panaskan minyak untuk menggoreng. Deep fried method ya sayang. Jadi banyakkan la minyak tu.

5) Celup satu per satu cendawan dalam tepung bestari yang extra. Pastikan tepung mengenai seluruh cendawan. Then, gorengkan. Ulang pada setiap cendawan.

6) Goreng hingga cendawan menjadi warna keemasan. Angkat dan toskan. Jangan lupa letak tissue dalm pinggan sebelum letak penapis. So that minyak cendawan tu diserap tissue. Cendawan pun x jadi lembik.

.........................................................................................................





Haaaaa. Senang je kan. InsyaAllah rangup hasilnya. Anak-anak Kak Yong makan sampai x ingat donia. X sempat pun ayahnya nak makan. Hehehehehhe. Selamat mencuba!

Love,
Kak Yong




Sunday, 2 November 2014

Resepi Ikan Sardin Tin Masak Lemak Cili Api

Assalam.....

Kebelakangan ni Kak Yong memang suka mencabar diri masak benda yang Kak Yong x pernah masak. So, kawan Kak Yong yang kasi cadangan untuk try buat resepi ni, (Makseh Jamadel!!).

Kalau bab-bab masakan orang Nogori ni biasanya Kak Yong memang akan refer dgn kawan satu Uni Kak Yong dulu, yang sememangnya orang Nogori, (Hai Izma!!!).

Kak Yong pun bagitau la dia yang ada kawan bagi cadangan suruh try buat benda ni. Resepi yang di gugel pulak semuanya ada menggunakan bawang. Padahal kalau ikut resepi asalnya sememangnya kunyit hidup dan cili api je kan. So, Izma pun bagi Kak Yong resepi dia. So kita try la resepi asli orang Nogori ya.
.........................................................................................................................

Bahan :
- 1 tin Sardin (Kak Yong penggemar tegar sardin King Cup.)
- 1 inci Kunyit hidup 
- 19 tangkai Cili api (mengikut citarasa. Kalau suka pedas, lebihkan cili.)
- 1 keping Asam gelugur
- 1 batang serai (dititik)
- 1 kotak kecil santan
- Kentang
- Air
- Bahan perasa

Cara :
1) Kunyit hidup dan cili api ditumbuk lumat.

2) Rebuskan bahan tumbuk dan serai.

3) Masukkan santan, sentiasa kacau bagi elak pecah minyak. Guna api perlahan.

4) Masukkan kentang dan biar hingga kentang empuk.

5) Masukkan sardin beserta dengan kuahnya. Dan masukkan asam keping. Asam keping bagi hanyir sardin hilang.

6) Perasakan.

.......................................................................................................................

Haaa. Senang je kan. X payah nak berbawang-bawang. Ikut je resepi asli orang Nogori. Simple dan sedap!!
Sardin Tin Masak Lomak Cili Api

Monday, 27 October 2014

Resepi Kerabu Mangga Sedap

Selamat Pagi!!!

Kak Yong tengah travelling sekarang ni. Bosan pulak sorang-sorang dalam hotel ni, tengah tunggu bos ambik pegi ofis baru. So sementara menunggu, apa kata kita share resepi.

Ni resepi kerabu mangga cara Sarawak (x tau la kalau resepi semenanjung pun macam ni).

Bahan-bahan :

- Mangga (Guna mangga yang dah masak dan manis.)
- Belacan
- Ikan bilis
- Cili padi
- Garam
- Ajinomoto
- Garam
- Daun Kunyit

.......................................................................................

Cara membuatnya :

1) Belacan, ikan bilis dan cili ditumbuk halus sehingga ikan bilis agak hancur.

2) Mangga dicincang halus.

3) Bahan yang telah ditumbuk digaulkan sekali dalam mangga dan kacau rata.

4) Perasakan dengan gula, secubit garam dan sedikit aji.

5) Daun kunyit di hiris halus dan digaulkan sekali hingga rata. Lagi banyak daun kunyit lagi sedap!


Senang je kan?? Cuba la try... Selalu buat ala semenanjung je kan? Cuba buat ala Sarawak pulak.

*p/s : kerabu mangga ni hendaklah rasa manis kepedas-pedasan.

Haaaaa. Inilah hasilnya. Sedap giler!

Saturday, 25 October 2014

Resepi Kobis Masak Lemak Putih

Salam semua.

Malam tadi Kak Yong balik kerja dengan semangat yang berkobar-kobar nak masak. Dari pukul 5 dah dok fikir apa nak di masak malam karang. Seingat-ingat memang xde ape dah dalam peti sejuk tu except sebiji kobis. Last-last Kak Yong pun decide nak masak Kobis Masak Lemak Putih ni.

Resepi yang amat mudah dan sedap. Sesuai untuk mereka yang baru belajar masak. :D

Bahan-bahan :

1 biji kobis
1 kotak kecil santan
4 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
Segenggam kecil ikan bilis/udang kering (Kak Yong guna ikan bilis)
Setangkai cili merah (belah 4 tapi jangan sampai putus)
Air secukupnya
Garam
Ajinomoto
.....................................................................

Cara masak :

1) Bawang-bawang ditumbuk lumat. Rebuskan bersama ikan bilis/udang kering sehingga mendidih.

2) Masukkan kobis dan cili merah.

3) Setelah kobis sederhana lembut, masukkan santan dan gaul sehingga rata. Tambahkan air jika santan terlalu pekat. (Kak Yong memang suka kuah banyak.)

4) Biarkan sehingga mendidih dan kobis menjadi lembut. Perasakan dengan garam dan aji mengikut citarasa.

Hasilnya. Sedap sungguh!
Haaaaa. Senangkan. Bagi wanita-wanita yang nak belajar memasak tu, boleh la try basic recipe ni.

Makan pulak dengan ikan masin dan kerabu mangga berdaun kunyit (InsyaAllah akan di share dalam next entri ya), memang lawan dia laaaa. Perghhh gilaaa!!! Gerenti bertambah nasik tu.
Selamat Mencuba!!!

Love,
Kak Yong

Wednesday, 22 October 2014

JJCM : Dolly's Kitchen, Kuching

Mata x dapat tido jadi apa kata Kak Yong berceloteh sikit berkongsi pengalaman jalan-jalan cari makan. Hehehehehe. Sapa tauk tiba-tiba mood ngantok pande datang lekak kita bercerita.

So....

Kak Yong punya off day memang hari Khamis je. So biasanya aktiviti Kak Yong waktu off day ni memang jalan-jalan cari makan la. Kak Yong akan pegi ke tempat-tempat yang Kak Yong x pernah pegi.

So last Thursday, Kak Yong ingat nak breakfast dekat Dot Cafe di ST3 shopping mall tapi tutup pulak time tu. So with few other places in mind, Kak Yong akhirnya decide nak pegi ke.....

Dolly's Kitchen (No. 68, Jalan Central Timur, 93300 Kuching, Sarawak - 016-331 5030). 


Tempat ni located dalam kawasan carwash. So sementara makan tu, boleh la hantar kereta pegi cuci kat sebelah kan. (Psssttttt. Hari Rabu ladies day kat carwash tu. Boleh dpt diskaun kalau pompuan hantar cuci kereta).

Di luar Dolly's Kitchen



So we tried out their Signature Dolly's Kaya Toast, Pavlova and Big Breakfast Set.




BIG BREAKFAST SET
Dah nama pun big kan? Portion dia memang besar gila (bagi Kak Yong la). Dalam set tu pulak ada bread, butter, sausage 2 batang, baked beans, scrambled egg, sliced ham and potatoes. Seriously memang kenyang sangat. X larat nak habiskan.

Big Breakfast Set

PAVLOVA
Dia punya pavlova memang meringue all the way, topped with whipped cream and fruits (mango, kiwi and grape). But for me, if tried Pavlova from "SweettreatsbyEllaSabri" and Ella punya lagi sedap. Meringue on the outside, filled with whipped cream on the inside and on top of it of course dia letak few fruits which I can't remember Ella letak apa (grape and peach kalau x silap). But seriously Ella, nang nyaman Pavlova kitak!

Pavlova

KAYA TOAST
This one my hubby yang pilih. So yeah. It is delicious but maybe penggunaan kiwi dalam menu ni membuatkan roti yang dicelup tepung tu terasa agak pedas sedikit. Mungkin sebab kiwi muda ke apa.

Dolly's Signature Kaya Toast


DRINKS
Choices of drinks memang x banyak. Only ada bottled juices, milo hot & cold, and coffee and tea (coffee and tea boleh refill tau!)

So we had 2 Big Breakfast Sets, a Pavlova, a set of Kaya Toast, 2 cups of iced Milo, Coffee and a bottle of apple juice. Makan banyak tu harga pun only Rm40 lebih je. Memang rasa berbaloi sangat.

So uols in Kuching yang x pernah try Dolly's ni, pegi la give it a try someday. You won't regret it.
That's all for now.

Love,
Kak Yong


Monday, 20 October 2014

Resepi Ayam Masak Kicap Kuah Pekat

Hari ni Kak Yong bangun awal sangat so dengan mood yang terlebih rajin, Kak Yong ingat nak masak awal untuk makan tengahari.

Jenguk-jenguk, intai-intai peti sejuk, Kak Yong pun decide nak masak menu ni memandangkan memang kegemaran family semua.

Resepi yang amat mudah dan sedap wa cakap sama lu! Jom try...

Bahan-bahan :

1 dada ayam
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai
2 biji kentang
Kicap pekat
Gula
Garam
Ajinamoto
Sedikit air
-------------------------------------------------------------------
Cara memasak :

1) Bawang merah, bawang putih, halia dan serai ditumbuk sehingga hancur.

2) Panaskan minyak didalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga garing kekuningan.

3) Masukkan kentang dan ayam kemudian digaul rata.

4) Tambahkan air, kicap dan sedikit gula. Tutup kuali. Masak dengan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat (agak-agak dalam 15 ke 20 minit).

* Jangan lupa untuk selalu periksa nanti kang x pasai-pasai hangus pulak.


Sebelum menjadi pekat.


5) Setelah kuah menjadi pekat, perasakan dengan garam dan aji. Tambahkan gula jika perlu di adjust lagi.

Inilah hasilnya. Sedapppppp!


Mudah bukan? Makan ni memang bertambah-tambah nasi sampai x hengat donia!! Selamat mencuba!!

Love,
Kak Yong :)